Friday, November 9, 2012

Alin Telur :: Memindahkan Bisa & Angin

Rawatan alin telur ialah rawatan memindahkan penyakit ke telur ayam dengan cara mengalinkan telur ketempat yang disyaki ada penyakit pada tubuh. Tidak kira penyakit zahir mahupun yang batin, bergantung kepada niat.

Sebelum proses mengalin dilakukan, telur tersebut akan didoakan agar mempunyai daya penawar dan selepas itu barulah dialinkan. Selalunya kami tidak kisah telur yang digunakan merupakan telur ayam biasa atau telur ayam kampung asalkan telur tersebut didoa terlebih dahulu.

Orang ramai selalu menganggap apabila telur telah dialin, maka akan kelihatan darah atau benda-benda pelik setelah telur dipecahkan. Pengalaman kami, hanya beberapa saja telur sahaja berbanding puluhan telur yang telah kami alinkan yang mengandungi benda-benda pelik.

Ada satu kes ketika merawat menggunakan kaedah ini di Kerteh, Terengganu. Ada seorang makcik yang telah disihir dan telah meminta perawat Pancaran Nur untuk merawatnya. Perawat kemudian meminta telur ayam untuk didoakan dan memberi telur tadi kepada pesakit untuk dibawa pulang agar boleh pesakit tadi alin ditempat yang sakit. Apabila telur tersebut dipecahkan, dilaporkan ada kelihatan benda-benda pelik yang digunakan untuk menyihir makcik tadi. Alhamdulillah, Allah telah memberikan penyembuhan dengan menggunakan kaedah ini.

Ada satu lagi kes berkaitan merawat menggunakan kaedah alin telur. Ada salah seorang peserta Kursus Rawatan Syifa Pancaran Nur datang ke kursus dengan bertongkat dan dilaporkan berbulan-bulan peserta tadi terpaksa berjalan menggunakan tongkat. Setelah kami ajarkan kaedah alin telur ini kepada peserta tersebut, beliau melakukan sendiri alin telur di rumah beliau. Alhamdulillah, setelah sebulan beliau datang ke pusat rawatan kami tanpa bertongkat dan boleh memandu seperti biasa. Kata beliau, beliau hanya melakukan beberapa kali saja rawatan dengan kaedah alin telur dan Allah telah memberikan kesembuhan kepada beliau.

Begitulah sedikit sebanyak tentang kaedah rawatan alin telur. Pesan kami kepada orang ramai, berhati-hati dalam melakukan rawatan alin telur ini kerana ada yang sanggup menipu dengan mengisi dakwat merah ke dalam telur terlebih dahulu sebelum dialinkan. Dan apabila dibekalkan dengan telur yang lain, darah tidak kelihatan. Jauhi perawat yang menipu!

pancarannur.com/rawatan-alin-telur

No comments:

Post a Comment