Thursday, November 29, 2012

Ilmu Anugerah ALLAH

Sesungguhnya pencapaian ilmu Allah adalah lebih tinggi dan menjangkau jauh sehingga ianya tidak boleh diterima oleh daya pemikiran manusia. Pencapaian teknologi zaman ini semata-mata berlandaskan kpd kajian dan kepintaran otak fikiran ke tahap ilmu Qalam. Ilmu Allah menjangkau lebih tinggi ke tahap ilmu Ghaib dan ilmu Syahadah.

Ilmu Qalam boleh di kuasai oleh seluruh manusia Islam, Kafir, Kufur atau Murtad. Tetapi melalui mengenali diri dan mengenal Allah dgn sebenar-benarnya, umat islam boleh menguasai ilmu yg lebih tinggi yakni ilmu Ghaib dan ilmu Syahadah. Peluang teristimewa yg di kurniakan Allah kpd Islam inilah yg sebenarnya meletakkan tahap umat islam kesuatu darjat yg paling tinggi. Kemuliaan yg teragung jika dibandingkan dgn manusia kafir dan kufur.

Sabda Rasulullah: "Bermula awal agama itu adalah dengan mengenal Allah."

Oleh itu untuk mengetahui makrifat Allah, maka diberi Nya ilmu kpd manusia melalui aqal dan iman, dgn satu harapan supaya manusia mengetahui akan hakikat sebenar tujuan zahirnya ke dunia ini, yaitu utk berbakti kepada Nya dan utk menyatakan dirinya sendiri pada zat, sifat, asma' dan afa'alNya.

Sesungguhnya semua ilmu yg ada pd manusia adalah ilmu Allah semata-mata, sedangkan pd hakikatnya manusia itu adalah kosong tidak bermaya. Manusia sebenarnya tidak berhak ke atas sesuatu atau dirinya, hanya Allah shj yg empunya.

Secara umumnya ilmu Allah terbahagi dlm 3 kelompok yaitu (a) ilmu Qalam (b) ilmu Ghaib (c) ilmu Syahadah.

Berkaitan dgn ilmu Qalam, Al Quran dlm Surah Al Alaq ayat 3-5 menerangkan "Bacalah bahwa Tuhanmu Amat Pemurah yg mengajar kamu dgn (ilmu) qalam dan Tuhanmu mengajar kpd manusia apa-apa yg tidak di ketahuinya."

Sedang mengenai ilmu Ghaib dan ilmu Syahadah diterangkan dalam Al Quran, Surah Al Hasyr ayat 22 yg bermaksud " Dialah Allah yg tiada tuhan kecuali Dia, Mengetahui yg (ilmu) ghaib dan (ilmu) Syahadah. Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ilmu Qalam adalah suatu ilmu yg dipelajari oleh manusia bg tujuan utk memahami sesuatu di alam ini. Ilmu tersebut di fahami dan di terima oleh pancaindera kita yg tujuh. Ilmu Qalam diajar di sekolah secara formal atau informal dlm masyarakat . Ia adalah ilmu yg paling sederhana yg dpt dikuasai manusia, contoh : ilmu kedoktoran, ilmu farmasi, ilmu ekonomi, ayat-ayatal syifa dan ruqyah (pembinasa Jin?).

Ilmu Ghaib adalah merupakan suatu ilmu yg dpt menerangkan sesuatu yg tidak dpt diterangkan oleh ilmu qalam. Ilmu Ghaib hanya dpt diajar sepenuhnya oleh guru ghaib (batin) dan tidak dpt diajarkan oleh guru zahir.Biasanya guru ghaib ini terdiri dari wali-wali Allah, para nabi dan rasul. Ilmu Ghaib biasanya hanya diajar dan diperoleh oleh orang2 tertentu shj yaitu orang2 yg di anugerahkan oleh Allah utk menerimanya . Tahap kekuatan ilmu ghaib adalah menembusi tujuh petala langit dan tujuh petala bumi serta apa shj di antara keduanya. Contoh ilmu ini adalah Silat Gerak seperti Gerak Faqir, Ilmu Pawang dan Ilmu Kebatinan Lam Alif.
Ilmu Syahadah adalah suatu ilmu yg paling tinggi di dalam tingkatan pelajaran ilmu Allah yg dapat di kuasai manusia (bukan Masters atau Phd). Ia merupakan martabat ilmu yg tertinggi. Ilmu ini adalah suatu ilmu makrifat dan syahadah secara sebenar-benar kpd Allah swt. Ilmu ini, Tuhan sendiri akan mengajar manusia mengenai diriNya. Dgn lain perkataan ilmu syahadah adalah ilmu utk menyatakan diri Allah itu sendiri. Hanya orang2 yg mencapai martabat ilmu ghaib yg paling tinggi shj yg dpt menguasai ilmu syahadah ini. Contoh ilmu ini : Syahadat Tokku Paloh

Tuesday, November 27, 2012

Perbezaan Ilmu Tenaga Dalam dan Ilmu Tenaga Rohaniah


Ilmu Tenaga Dalam adalah ilmu yang berdasarkan latihan pada beberapa fakulti manusia seperti latihan nafas dan kuasa minda.Ia boleh dipelajari oleh sesiapapun sama ada ia Islam atau tidak.Cuma bila tenaga dalam diajar oleh Islam, ia memasukkan beberapa kalimah zikir pada setiap pergerakan ketika melakukan pernafasan dan meditasi. (Mungkin ini kaedah mereka membawa masyarakat terutamanya anak-anak muda supaya mengingati Allah, semoga Allah memberkati keikhlasan mereka.)

Disamping itu ada juga yang menggunakan jampi serapah, menggunakan khadam jin dan yang lebih bahaya menggunakan syaitan. Ilmu seperti ini diberi Tuhan kepada sesiapa sahaja kerana ia adalah termasuk hukum fizik.Justeru jangan hairan melihat ramai orang yang mempunyai kebatinan yang hebat, dapat melakukan pelbagai keajaiban dan ada di kalangan mereka yang berzikir berpuluh ribu sehari, tetapi sangat lemah dalam pengamalan Islam pada diri dan keluarga mereka, malah pengetahuan tentang agama Allah juga lemah.

Mereka masih lagi melakukan maksiat dan mempunyai sifat takbur, riak, tamak dengan dunia, menipu dan sebagainya. Ini disebabkan pengamalan mereka sama ada dalam gerak langkah, bentuk latihan nafas atau meditasi walaupun mempunyai kalimah al-Qur’an dan zikir, tenaga zikir tadi tidak menjadi tenaga pembersih rohani tetapi kepada membina tenaga dalam semata-mata. Inilah yang disabdakan Nabi saw:

”Bermula amal itu dengan niat.”

Iaitu mereka akan memperolehi apa yang diniatkan.

Berlainan dengan tenaga rohani seperti memperolihi ilham, kasyaf, menyembuhkan penyakit, menghancurkan ilmu-ilmu hitam dan sebagainya, ia merupakan anugerah Allah swt kepada hamba-hambaNya yang dikasihi. Mereka hanya mahu menuju pembersihan rohani dan kembali makrifat kepada Tuhan yang dirindui. Tenaga ayat-ayat Allah, ibadah, melakukan kebaikan, bertafakur, melakukan latihan konsenstrasi (penumpuan) adalah semata-mata menghampiri Allah swt.

Firman Allah swt:

“Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh dijalanKu, ia akan dibuka jalan (Ilham) baginya, sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Ankaabut:69)

Kekuatan kerohanian akan datang sendiri tanpa diminta-minta kerana kerohanian mereka telah tenggelam dalam kota Allah swt, inilah yang disebut oleh Allah swt dalam satu hadis Qudsi:

“Barang siapa yang berada dalam kota-Ku, Aku adalah penjaganya.”

Tenaga Rohani dan latihan

“Tidak aku jadikan manusia melainkan untuk menyimpan rahsia-Ku dan sesungguhnya manusia itu rahsia-Ku dari Akulah yang menjadi rahsianya.:(Hadith)

Tenaga Rohani yang dimaksudkan dalam latihan ini adalah untuk membina kembali potensi Ruh kepada mengenal Tuhannya.Apabila disebut mengenal Tuhan, ia terbahagi kepada empat bahagian:

:- Mengenal secara Taqlid –:- Iaitu mengenal Allah hanya pada nama tidak mempunyai pengetahuan yang mantap tentang Ilmu KeTuhanan.

:-Mengenal secara Ilmu Yakin -Martabat Syariat:Iaitu mengenal Allah dengan jalan mengenal wujud makhluk yaini bagaimana mengikut cara ilmu usuluddin.Martabat ini adalah ibarat kenal buah durian melalui kulit lahir sahaja.

:- Mengenal secara Ainul Yakin-Martabat Makrifat:Iaitu mengenal Allah dengan jalan hadir pengetahuan rasa (dzauk) ke dalam hati.Ibarat kenal isi durian setelah dikoyak kulit tetapi belum dimakan (dirasa)

:- Mengenal secara Haqqul Yakin-Martabat Hakikat:Iaitu mengenal Allah dengan jalan hadir kedalam hati rasa syuhud yang ada kemanisan dan kelazatan, ibarat dapat merasa kelazatan durian itu setelah ia dapat mengecap isinya.Keimanan yang dicapai melalui ilmu ini hasil daripada musyahadah, yakni hatinya sentiasa berpandangan dengan Allah Taala pada setiap masa.Inilah iman yang haq,yang lebih tinggi kedudukannya dari iman “Ainul Yakin”.

Oleh itu muhasabah diri kita, adakah kita merasai dalam dada bahwa Tuhan sentiasa melihat atau mendengar perkataan kita, atau kita merasai sentiasa bersama dengan Tuhan di mana sahaja kita berada,Kalau tiada (perasaan seperti itu), bermakna ilmu kita belum menjunam kedalam dada. Kita akan lemah keyakinan, kita akan hilang Tuhan apabila berlaku masaalah. Ketika solat, kita tidak dapat mencapai kelazatan dan maqam ihsan, ia hanyalah perbuatan untuk melepaskan diri dari dosa syariat sahaja. Bahkan beribadah dengan penuh kelalaian adalah syarat menjadi penghuni neraka.Na’uzubiLahi min dzalik.

Inilah yang dikatakan ilmu penuh pada fikiran tetapi dada kosong dengan takut pada Allah.

“Kamu hendaklah beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya.Jika kamu tidak melihat-Nya,sesungguhnya Dia melihatmu.”(Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah)

Bagaimana mengembalikan potensi Ruh?

Ruh itu adalah diri kita yang sebenarnya.Yang kita harus tahu mengenai sifat-sifatnya dan asal usulnya kerana (ruh) inilah yang akan kembali kehadrat Allah, dan bukannya diri jasad ini.Jasad hanya menjadi pembungkus diri batin yang sifatnya (mahdas) dan akan hancur ditelan bumi.

Pembersihan Ruh yang tidak melalui jalan kenabian tidak akan membawa manusia kepada makrifat, tetapi akan membawanya kepada bentuk khayalan di alam rohani yang dicipta oleh Jin dan Syaithan, sebagaimana mereka yang mengikuti thaghut dan sebagainya. Hal ini telah disedari oleh kebanyakan mereka kerana kekuatan rohani mereka hanya terbatas di alam malakut sedangkan kekuatan rohani orang Islam tiada batasannya. Justeru itu jika kerohanian Islam bertembung dengan yang bukan Islam, nescaya kerohanian bukan Islam rebah tersungkur.Hal ini disebutkan dalm Al-Qur;an:

Firman Allah swt:“Jika datang kebenaran akan terhapuslah segala kebatilan”. (al-Isra:81)

Ilmu mereka tidak dapat menembusi seorang mukmin yang memiliki kekuatan kerohanian.Hal ini dapat kita lihat berlaku kepada pendakwah-pendakwah Islam, misalnya di alam Melayu, Nusantara dan India, di mana mereka dapat menundukkan kehebatan ilmu dari ketua-ketua agama luar dari Islam sehingga ramai di antara mereka memeluk Islam. Ini tidak lain kerana ilmu-ilmu kebatinan mereka bersandarkan kepada Jin dan Syaitan sedangkan ilmu kerohanian Islam bersandarkan kepada Allah swt.

Bagi mereka yang mahu membina tenaga kerohanian, perkara-perkara yang bersangkut paut dengan kehebatan yang berbentuk maknawi bukanlah menjadi tujuan. Mereka berpegang dengan kalimah”Ilaahi anta maqsudi, wa ridha kamatluubi” yang bermaksud, ”Hanyalah pada Mu Tuhan yang kami maksudkan dan keredhaan Engkau yang dicari”

Kerana ilmu-ilmu seperti itu adalah rendah disisi Allah swt kerana berbentuk duniawi yang akan hancur.Malah ilmu itu tidak dapat memberi perlindungan kepadanya dalam menghadapi sakaratul maut, ketika di alam barzakh dan seterusnya di alam akhirat.Mereka beramal semata-semata untuk menuju pembinaan iman kerana bagi mereka, sesiapa yang berjaya menjadi kekasih Allah swt, segala ilmu dan kelebihan dunia dan akhirat diperolehi dengan mudah.

Zikir sebagai sumber kekuatanFirman Allah swt:“….Ketahuilah dengan mengingati Allah itu hati menjadi tenang.”(ar-Ra’d:28)

Manusia mempunyai empat fakulti pada dirinya iaitu Ruh,emosi (nafsu), akal dan jasad.Ruh diturunkan kealam ini dalam jasad yang diciptakan dari tanah.Ia dibekalkan dengan nafsu dan akal.Manusia yang hanya hidup untuk kekuatan jasad, akal atau nafsu semata-mata akan tewas degan segala ujian hidup.

Kekuatan Ruh amat diperlukan untuk mengawal emosi, akal dan jasad,Kekuatan jasad amat terhad, ianya mengikut kata hatinya.Kekuatan daya intelek (IQ) juga terbatas, ia boleh merancang, bijak dalam tindakan dan sebagainya, tetapi dalam reality kehidupan banyak perkara luar dugaan akal berlaku. Akal menjadi lemah apabila perancangannya gagal, lemah bila menghadapi musibah kematian, kesakitan, perpisahan dan sebagainya.

Kekuatan emosi juga tidak kuat jika tidak bertaut dengan Tuhan. Manusia akan menjadi kuat jika ia dapat berhubung dengan Allah swt.Tetapi bagaimana mahu berhubung denganNya walaupun Ia lebih dekat dari leher (halkum) insan itu sendiri.

Firman Allah:“Dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya sendiri.” (al-Qaf:16)

Kekuatan ruh dalam berhubungan dengan Allah berdasarkan ingatan. Tanpa ingat padaNya, ruh tidak berhubung denganNya. Ramai manusia meninggalkan Tuhan tanpa disedari sedang Tuhan tidak pernah meninggalkannya. Apabila ada kesusahan, baru manusia teringat padaNya,merayu-rayu padanya, Tetapi apabila mereka diberi kesenangan, mereka lupa padaNya.

Kaum sufi memulakan pembinaan manusia dengan kekuatan ruh,bukannya akal atau emosi.Ia membina kekuatan ingatan pada Allah sehingga perasaannya terhadap Allah begitu mendalam.

Zikir yang bersungguh-sungguh menyebabkan ruh seseorang itu mempunyai dzauk atau asyik dengan Tuhannya.Tambatan hamba dengan Tuhan bukan sekadar hafalan sifat-sifatNya, tetapi ialah merasai kehampiran dengan Tuhan sehingga hati mereka gementar apabila disebut nama Allah, air mata mereka menitis apabila mengingatiNya. Mereka mersa rindu, cinta sehingga perasaan itu, menyebabkan emosi, akal dan jasad turut bersama-sama merasainya.

Firman Allah swt: “Maka ingatlah kepada-Ku, nescaya Aku ingat kepadamu (bersama dan melindungi hambaNya)…. (Al-Baqarah:152)

Allah memberi jaminnan bahwa hamba yang kukuh jiwanya dengan Allah akan mendapat perlindunganNya dari gangguan syaitan.Zikir yang bersisilah dan dilakukan dengan teknik yang betul akan mensucikan hati pengamalnya dan meningkatkan ubudiyahnya kepada Allah. Semangkin tinggi ubudiyyah, semangkin tawadhuk dan semangkin kerdil hamba itu terhadap Tuhannya sehingga ke tahap merasa hilang wujud diri (fana) , maka semangkin kuatlah Tenaga Illahi yang terlimpah pada qalbinya.Ia selari dengan perinsip sains bahwa semangkin kecil sesuatu atom itu , maka semangkin hebat tenaga dan kuasanya.

Tenaga zikir adalah tenaga dari Illahi, ia mempunyai cahaya yang hebat yang datang dari alam Lahut.Energi zikir akan menyucikan segala kotoran pada qalbi sehingga qalbinya akan terkeluar cahaya alam Lahut yang tertutup selama ini disebabkan kekotorannya.Cahaya ini akan bersinar dan meningkatkan frekuensi cahaya jiwanya (mazmumah).Ia juga akan bergerak menguatkan Ruh Sultani iaitu cahaya akal sehingga akalnya mempunyai daya ketahanan yang kuat, berfikiran tajam dan kreatif. Getaran cahayanya yang tinggi ini juga akan menguatkan Ruh Jasmani atau tenaga dalam atau gelombang elektromagnet yang bergerak aktif dalam tubuhnya. Gelombang atau tenaga inilah yang mengawal segala fungsi dan organ dalam tubuh manusia.Apabila tenaga ini terganggu atau lemah, maka ia akan mendedahkan seseorang itu kepada serangan pelbagai penyakit. Tenaga dalam badan ini juga mewujudkan medan magnetik yang juga disebut aura. Ia mengelilingi seluruh badan dan menjadi benteng pertahanan diri seseorang dan dapat mengesan gelombang-gelombang di sekelilingnya sama ada positif atau negatif. Semangkin kuat tenaga elektromagnet dalam tubuh, semangkin kuatlah medan magnet atau benteng dirinya.

Kaum sufi berzikir dengan mengikut garisan tertentu pada anggota tubuhnya dan dibuat berulangkali sehingga terasa kesan pada qalbinya seperti panas atau pedih. Ia selari denga hukum fizik yang menyatakan bahwa melakukan gerakan atau geseran pada tempat yang sama secara ulang alik akan menghasilkan tenaga elektrik. Tenaga yang diperolehi itu diqasadkannya untuk penyucian ammarahnya.Seseorang ahli zikir atau orang yang khusyuk dalam ibadah mempunyai ketenangan yang tinggi. Sains mengatakan semangkin tenang atau hening sesuatu objek itu, maka gerakan atom atau tenaga yang berhasil amatlah laju. Justeru, semangkin seseorang itu tenang, tenaganya makin kuat dan laju. Tenaga yang ada pada dirinya itu boleh diqasadkan perbagai kegunaan zahir dan batin.Ingat ini dituntut oleh Allah dalam firmanNya yang berbunyi:

Firman Allah swt:“Hendaklah kamu ingat akan Allah diwaktu berdiri, diwaktu duduk, dan diwaktu berbaring.”(An-Nisa:103)

“Hendaklah kamu ingat Tuhan yang telah memeliharamu didalam hati dengan rasa hormat dan takut (serta harap akan kurnia-Nya) dengan tidak menyebut dimulut pagi dan petang (terus menerus) dan janganlah kamu termasuk orang yang lalai”.(al-A’raf:205)

Sunday, November 18, 2012

Mandi Bunga :: Membangkitkan Aura Diri & Seri Wajah


KOSMO! JUMAAT 3FEB 2012::
TANYA USTAZ::

SOALAN~~
APAKAH HUKUMNYA MANDI BUNGA DALAM ISLAM? ADAKAH IA KHURAFAT?

JAWAPAN~~
Mandi bunga adalah budaya orang dulu-dulu kerana pada zaman dahulu tiada produk kecantikan atau produk sabun atau sebagainya yang banyak diperoleh pada zaman moden ini.

Oleh itu, orang dahulu kala menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk memelihara kecantikan. Timbul persoalan kini, adakah masih relevan perbuatan mandi bunga?

Jawapannya adalah bergantung kepada niat seseorang berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W daripada Saidina Umar Al-Khattab R.A 'HANYA SEGALA AMAL DENGAN NIAT DAN HANYA BAGI TIAP-TIAP SEORANG APA YANG IA NIATKAN' (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Walaupun terdapat produk-produk terkini di pasaran, tidak menjadi kesalahan jika seseorang itu masih menggunakan bunga-bungaan sebagai bahan tambahan dalam penjagaan diri. Namun, dengan syarat tiada unsur-unsur syirik dan khurafat dilibatkan iaitu tidak ditambah bahan bacaan mantera yang dilarang syarak.

Ini kerana bunga-bungaan adalah kurniaan Allah yang terdapat banyak khasiatnya untuk diri manusia. Sidang pembaca boleh membaca kajian-kajian saintis yang menemui khasiat bunga

Thursday, November 15, 2012

Mandi Limau :: Membuang Tenaga Negatif, Membangkitkan Aura Positif


MANDI LIMAU:: MEMBUANG TENAGA NEGATIF, MEMBANGKITKAN AURA POSITIF

KHASIAT LIMAU NIPIS DALAM PERUBATAN ISLAM DAN TRADISIONAL

Gabungan bahan-bahan seperti bunga-bungaan yang terpilih dan beberapa biji limau nipis yang disatukan ke dalam air mutlak mengikut tatacara petua-petua orang tua-tua dahulu yang arif yang didoakan dengan doa yang khusus maka tersedialah suatu bahan yang menjadi salah satu ikhtiar bagi mengubati penyakit yang disebabkan oleh gangguan jin dan sihir.

Untuk merawat seseorang yang terkena gangguan jin dan sihir maka kami melangsungkan rawatan kami dengan 2 kaedah yang dijalankan serentak didalam satu tindakkan. Kaedah yang pertama ialah PENGOSONGAN dan kaedah yang kedua ialah PEMULIHAN. Menurut kajian, ada dua perkara yang perlu diselesaikan ke atas seseorang yang diganggu jin iaitu yang pertama menyelesaikan jin yang mengganggu (PENGOSONGAN) dan merawat tubuh yang diganggu (PEMULIHAN). Maka dengan itulah kami menggunakan limau nipis dan juga bunga-bungaan yang disatukan dalam air sebagai salah satu cara ikhtiar.

Mengapa guna limau?

Jin adalah makhluk ciptaan Allah yang berkongsi hidup dengan manusia dibumi ini. Mereka berjisim halus tidak seperti manusia yang berjisim kasar, oleh kerana itu golongan mereka ini tidak dapat dilihat bagaimanakah hal keadaan jisimnya dengan penglihatan mata kasar manusia. Pun begitu, mereka juga mempunyai akal dan perasaan, justeru mereka juga tergolong dalam golongan yang diperintahkan Allah agar mentaati titah perintah Allah selain manusia.

Oleh kerana mereka juga berjisim maka tubuh mereka juga akan bertindakbalas dengan jisim-jisim yang lain. Sebab itulah tubuh mereka akan mudharat apabila terkena air limau sebagaimana mudharatnya tubuh kasar kita ini apabila direndam dengan air limau dalam kuantiti yang banyak. Bukankah sesuatu akan mengalami hakisan apabila direndam dalam cecair yang mempunyai kepekatan asid yang tinggi? Begitulah yang akan terjadi pada tubuh jin yang akan terhakis atau hancur apabila dikenakan dengan air perahan limau walaupun dalam kadar kuantiti yang sedikit kerana tubuh mereka berjisim halus. Maka, air perahan limau adalah alat ampuh yang dapat memudharatkan tubuh jin sehingga mereka terpaksa merasai pengalaman sakit yang tidak terhingga.

Maka khasiat mandi limau berkesan untuk memudharatkan tubuh jin yang bersarang dalam tubuh penghidap gangguan jin sehingga tubuhnya kosong dari diinap jin.

Mengapa guna bunga?

Ada 3 cara gangguan jin ke atas tubuh manusia iaitu yang pertama jin pengganggu yang menetap secara kekal didalam tubuh manusia (mengeram), yang kedua jin pengganggu yang menetap secara kekal diluar tubuh manusia (mendampingi) dan yang ketiga jin pengganggu yang bekerja memasukkan barang-barang mudharat ke dalam tubuh manusia dan kemudian pulang ke sisi tuannya (khadam).

Selalunya, air limau hanya berkesan untuk mengosongkan jin dari menginapi tubuh pesakit dan aromanya mendindingi pesakit dari didekati jin namun ianya tidak bersekali merawat tubuh dan organ-organ dalaman pesakit yang telah dirosakkan oleh jin. Maka oleh sebab itulah kita menggunakan khasiat bunga-bungaan yang menurut kajian sains auranya dapat memulihkan kembali organ-organ dalaman agar bekerja dengan normal kembali.

Maka khasiat mandi bunga berkesan secara saintifik untuk menyeimbangkan kembali aura tubuh terlangsung merangsang kembali organ-organ dalaman yang telah dirosakkan oleh jin sehingga pulih seperti biasa.

Mengapa guna air?

Menurut fakta saintifik, air adalah alat perakam terbaik kerana ketepatannya apabila disukat pada dasarnya. Air sebenarnya berkebolehan merakam gema getaran samada dari bunyi termasuk kata-kata dan juga dari niat kita. Oleh itu air bukan saja dapat membersihkan dan menyegarkan kembali keadaan badan tetapi ia juga dapat merakam ayat-ayat suci Al Quran dan juga doa-doa yang dibacakan padanya sehingga air itu terakam dengan gema getaran yang hebat yang dapat memudharatkan jin.

Menurut fakta saintifik lagi, air mempunyai gelombang bulat yang dapat mencari sasaran tekanan rendah secara rawak tanpa banyak halangan, oleh itu ia dapat membawa masuk tenaga dan gema getaran yang telah terakam samada dari khasiat bunga atau bacaan ayat suci Al Quran meresapi tubuh badan melalui reseptor bulu roma lalu merangsang hormon-hormon didalam badan.

Namun yang paling utama mengapa air digunakan ialah ianya adalah panduan dari Tuhan kita sendiri untuk kemudahan kita dalam menghadapi penyakit yang berpunca dari gangguan jin dan syaitan. Dalam Al Quran Allah SWT telah mengajar kepada kita betapa air telah dijadikan asbab bagi penyembuhan penyakit Nabi Ayyub a.s. Firman Allah SWT yang bermaksud,

Dan ingatlah akan hamba Kami Ayub ketika ia menyeru Tuhannya, "Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan siksaan". (Allah berfirman): "Hentakkanlah kakimu! inilah air yang sejuk untuk mandi dan untuk minum.” Surah Shaad ayat 41 dan 42

Makanya, dengan tergabungnya khasiat limau, bunga-bungaan dan doa-doa yang disatukan ke dalam air yang sejuk menurut tatacara petua yang khusus, insyaAllah mana-mana penyakit akibat dari gangguan jin dan sihir pun dapat diatasi.

Friday, November 9, 2012

Alin Telur :: Memindahkan Bisa & Angin

Rawatan alin telur ialah rawatan memindahkan penyakit ke telur ayam dengan cara mengalinkan telur ketempat yang disyaki ada penyakit pada tubuh. Tidak kira penyakit zahir mahupun yang batin, bergantung kepada niat.

Sebelum proses mengalin dilakukan, telur tersebut akan didoakan agar mempunyai daya penawar dan selepas itu barulah dialinkan. Selalunya kami tidak kisah telur yang digunakan merupakan telur ayam biasa atau telur ayam kampung asalkan telur tersebut didoa terlebih dahulu.

Orang ramai selalu menganggap apabila telur telah dialin, maka akan kelihatan darah atau benda-benda pelik setelah telur dipecahkan. Pengalaman kami, hanya beberapa saja telur sahaja berbanding puluhan telur yang telah kami alinkan yang mengandungi benda-benda pelik.

Ada satu kes ketika merawat menggunakan kaedah ini di Kerteh, Terengganu. Ada seorang makcik yang telah disihir dan telah meminta perawat Pancaran Nur untuk merawatnya. Perawat kemudian meminta telur ayam untuk didoakan dan memberi telur tadi kepada pesakit untuk dibawa pulang agar boleh pesakit tadi alin ditempat yang sakit. Apabila telur tersebut dipecahkan, dilaporkan ada kelihatan benda-benda pelik yang digunakan untuk menyihir makcik tadi. Alhamdulillah, Allah telah memberikan penyembuhan dengan menggunakan kaedah ini.

Ada satu lagi kes berkaitan merawat menggunakan kaedah alin telur. Ada salah seorang peserta Kursus Rawatan Syifa Pancaran Nur datang ke kursus dengan bertongkat dan dilaporkan berbulan-bulan peserta tadi terpaksa berjalan menggunakan tongkat. Setelah kami ajarkan kaedah alin telur ini kepada peserta tersebut, beliau melakukan sendiri alin telur di rumah beliau. Alhamdulillah, setelah sebulan beliau datang ke pusat rawatan kami tanpa bertongkat dan boleh memandu seperti biasa. Kata beliau, beliau hanya melakukan beberapa kali saja rawatan dengan kaedah alin telur dan Allah telah memberikan kesembuhan kepada beliau.

Begitulah sedikit sebanyak tentang kaedah rawatan alin telur. Pesan kami kepada orang ramai, berhati-hati dalam melakukan rawatan alin telur ini kerana ada yang sanggup menipu dengan mengisi dakwat merah ke dalam telur terlebih dahulu sebelum dialinkan. Dan apabila dibekalkan dengan telur yang lain, darah tidak kelihatan. Jauhi perawat yang menipu!

pancarannur.com/rawatan-alin-telur